Sebut tentang makanan pasti anda sudah terbayang Pulau Pinang kerana Pulau Pinang memang terkenal dengan ‘syurga’ makanan. Ramai orang menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan.

Selain destinasi dan bajet, penginapan adalah satu perkara yang sering buat ramai orang pening kepala. Jika anda ingin berkunjung ke Pulau Pinang kelak, anda bolehlah pertimbangkan untuk menginap di Modern Hotel yang terletak di Georgetown.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

82485168_121038746069762_8433440741241389056_o-2

82496953_121038876069749_239275570112757760_o-2

82826438_121038069403163_2835740212879949824_o-2

Difahamkan, hotel ini baru sahaja dibaik pulih dan diberikan nafas baharu. Masih lagi mengekalkan struktur bangunan yang asal dan mengetengahkan ciri-ciri klasik dan dalam kelasnya tersendiri serta boleh dikatakan cantik.

Dapat dilihat warna yang dipilih adalah putih, hitam dan kelabu dan pastinya kombinasi ini menonjolkan setiap ruang dalam hotel ini. Malah, disebabkan hotel ini berada dalam bangunan warisan, maka tingkap dan beberapa ciri masih dikekalkan.

82365386_121037909403179_1890925043588792320_o-2

82943767_121038189403151_6739177087585746944_o-2

83081511_121038016069835_5414469703026343936_o-2

81845646_121038792736424_105592402332352512_o-2

Pastinya penginapan di sini akan memberikan satu pengalaman yang berbeza buat anda di luar sana kerana anda bukan sahaj dapat tempat penginapan yang cantik dan selesa tetap dapat juga melihat keunikan ciri-ciri rekaan zaman dahulu.

Cantik bukan? Jika anda berminat untuk menginap di hotel ini, anda boleh membuat tempahan di Facebook Modern Hotel atau hubungi pihak hotel di talian 04-2189918.

Adakah anda tahu cara untuk tempah bilik dengan harga yang murah? Apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu

2 Cara Mudah Kesan ‘Hidden Camera’ Di Tempat Penginapan Anda

8 Sebab Kenapa George Town, Pulau Pinang Bandar Tempatan Paling Best