Bagi orang awam kisah seorang pelajar berusia 17 tahun yang membuat $72 juta dalam perdagangan saham adalah sebuah inspirasi tapi bagi mereka yang berada dalam industri, mereka agak skeptikal dan mempertikaikan angka tersebut.

Mohammed Islam, remaja hebat yang diperkatakan itu, berkata yang beliau tidak tahu dari mana angka dollar itu datang dan ianya tidak tepat. Walau bagaimanapun, beliau mengatakan sememangnya membuat jutaan dollar tetapi Mohammed enggan mendedahkan angka sebenar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mohammed Islam menjelaskan yang beliau tidak mahu sebarang perhatian dan hype.

“Ini semua berlaku disebabkan kawan kawan yang cuba membuat sesuatu yang menarik bersama-sama” [CNBC]

rtl141215_islam_560

Mohammed dan kawannya dijadualkan muncul dalam “Halftime Report” CNBC selepas profilnya dikeluarkan di New York Magazine. Namun, disebabkan publisiti meluas yang diterima, mereka terpaksa menimbang semula untuk muncul dalam rancangan tersebut.

“Kami mengharapkan satu artikel yang biasa tentang apa yang kami mahu lakukan dalam kerjaya kami. Cara kami digambarkan bukan kami yang sebenar.” kata beliau.

Majalah itu, dalam satu kenyataan mempertahankan laporannya.

“Article itu yang menggambarkan angka $72 juta hanya sebagai khabar angin; kami telah ubah tajuk cerita untuk menunjukkan yang kami sebenarnya tidak tahu angka sebenar yang beliau telah buat dalam perdagangan saham. Cerita itu sendiri tidak menyatakan angka yang sebenar. Bagaimanapun, Mohammed telah menyediakan penyata bank yang menunjukkan beliau bernilai 8 angka; Mohammed mengesahkan yang beliau bernilai 8 angka dalam laporan tersebut,” – New York Magazine.

BACA: Because a Stuyvesant Senior Made Millions Picking Stocks. His Hedge Fund Opens as Soon As He Turns 18.

Kemaskini:Mohammed Islam dalam temubual eksklusif bersama New York Observer mendedahkan yang beliau sebenarnya membuat lebih daripada USD72 juta tapi daripada simulasi trading. Beliau sebenarnya membuat USD0 daripada perdangangan sebenar dan cerita yang keluar hanya rekaan.

BACA: EXCLUSIVE: New York Mag’s Boy Genius Investor Made It All Up