Isu pemilik Hot Burger Malaysia, Asri Janggut berkenaan kes judi haram di Sungai Buloh menjadi bualan hangat netizen sejak seminggu yang lalu.

Dalam video live viral yang dibuat oleh Asri, beliau kecewa apabila perniagaan burger miliknya ‘dikacau’ sedangkan premis haram seperti judi dapat beroperasi seperti biasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam temu bual bersama Harian Metro 10 Ogos yang lalu, Asri mendakwa pendedahan beliau itu tidak disenangi oleh ‘ayahanda’ di kawasan berkenaan. Dalam laporan tersebut, Mohd Asri berkata, individu berkenaan yang mengaku sebagai ‘ayahanda’ kawasan itu menghubunginya melalui panggilan telefon.

Semalam, laman Hot Burger Malaysia telah memuat naik satu gambar berserta caption permohonan maaf Asri Janggut kepada ‘ayahanda’ Sungai Buloh.

“Pada 13 ogos telah diadakan satu pertemuan khas di antara saya dan juga Ayahanda Lee Tiger bagi meleraikan satu salah faham di antara kami. Saya dengan rela hati telah memohon jutaan maaf ke atas Ayahanda Lee Tiger dan semua ayah di dalam kawasan Sungai Buloh atas salah faham tersebut. Berikutan kenyataan ini, jangan ada apa-apa fitnah lagi terhadap Ayahanda Lee Tiger,” tulis laman Hot Burger Malaysia.

Susulan permohonan maaf tersebut, netizen nampaknya tertanya-tanya apa fungsi ayahanda untuk masyarakat di ruangan komen gambar tersebut. Ramai juga yang mahu mengetahui lebih lanjut butiran siapa Ayahanda Lee Tiger ini.

Begitu juga ada yang mempersoalkan bagaimana jawatan ‘ayahanda’ ini dipilih dan ditauliahkan kepada seseorang individu; tanpa sebarang undian atau approval daripada masyarakat. Sekiranya mahu memperjuangkan nasib rakyat setempat, masyarakat ada wakil rakyat yang diundi secara adil ketika Pilihan Raya Umum (PRU).

“Maaf bertanya. Apa skop, fungsi dan bidang kuasa ‘Ayahanda’ ni dan terletak bawah jabatan atau kementerian mana?” soal salah seorang netizen dalam komen pada hantaran tersebut.

Gelaran ayahanda lambang kesantunan, Bukan kongsi gelap

Berdasarkan video YouTube oleh Air Times News Network ini, barisan Ayahanda di negara ini adalah terdiri daripada pejuang-pejuang Melayu Islam.

Majlis Perundingan Ayahanda Malaysia (MPAM) hari ini menegaskan bahawa tiada gelaran ‘Ayahanda Kongsi Gelap’ di negara ini.

“Sesebuah persatuan atau pertubuhan yang hendak didaftarkan adalah tertakluk kepada undang-undang tubuh serta Perlembagaan Pejabat Pendaftaran Negara (ROS) dan perlu melalui tapisan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN),

“Oleh itu, tiada sebab nak sabitkan bahawa golongan Ayahanda dikaitkan dengan kongsi gelap,” tegas Ketua Sekretariat Majlis Perundingan Ayahanda Malaysia (MPAM), Yahya Long Ali atau dikenali Ayahanda Pak Ya.

Beliau menambah, MPAM mahu persepsi negatif terhadap gelaran Ayahanda diperbetulkan. “Kami mahu semua pihak mengubah persepsi bahawa gelaran ini adalah ketua kumpulan samseng dan terlibat dalam gangsterisme.

“Ayahanda pada era sekarang adalah terdiri daripada golongan profesional seperti menteri, wakil rakyat sama ada di kalangan pihak pemerintah atau pembangkang, ilmuwan agama, doktor dan peguam,” tegas Pak Ya.

Setakat ini tiada penjelasan khusus tentang peranan ‘ayahanda’ ini dikongsikan kepada umum. Kami akan cuba mendapatkan pandangan organisasi berkaitan untuk mengupas lebih lanjut berkenaan persoalan ini.

Ini pula kes berkenaan ‘geng basikal kayangan’ yang menyusahkan penduduk setempat di Gombak. Baca lagi pada pautan di bawah.

Netizen Kecewa Sikap ‘Selfish’ Geng Basikal Yang Menyusahkan Penduduk Gombak

Selepas Premis Perniagaan, PBT Mula Robohkan Binaan Depan Rumah Pula

Ulasan Jujur Lelaki Ini Di Resort Milik ‘Dato AS’ Bertukar Menjadi Ugutan