Bersempena ulang tahun ke-50 Hot Wheels, MOMO hadir dengan stereng edisi khas buat peminat dua jenama terkenal tersebut. Pastinya mereka yang menggemari dua jenama ini ternanti-nantikan kolaborasi mereka.

Model stereng Momo Prototipo dipilih untuk kolaborasi ini dan uniknya untuk model ini, roda stereng dibalut dengan bahan Alcantara dan dijahit pula dengan benang berwarna emas. Malah, pada jejari roda stereng dihiasi pula dengan logo Hot Wheels. Setiap pembelian roda stereng ini didatangkan dengan kotak eksklusif.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk makluman anda, roda stereng ini hanya boleh ditempah dalam talian untuk masa terhad di laman web ini. Penghantaran akan bermula awal tahun depan dan harga untuk roda stereng edisi terhad ini adalah $399.95 (~RM1,700).

momo-hot-wheels-limited-edition-steering-wheel-7_

momo-hot-wheels-limited-edition-steering-wheel-5_

momo-hot-wheels-limited-edition-steering-wheel-3