Netflix telah mengumumkan secara rasmi bahawa Money Heist bahagian keempat akan ditayangkan pada 3 April 2020.

Buat anda yang belum menonton series ini, Money Heist merupakan drama Sepanyol yang menceritakan tentang sekumpulan perompak bank yang diketuai oleh seorang individu digelar The Professor. Di penghujung bahagian ketiga, penonton disajikan dengan peperangan di antara kumpulan perompak tersebut dengan pihak berkuasa.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Dalam trailer terbaru itu, Netflix ‘mengusik’ peminat dengan meletakkan mesej bahawa penonton harus “bersedia dengan kekacauan” dan terdapat satu hint yang menunjukkan bahawa watak Nairobi bakal kembali dalam untuk bahagian keempat ini.

Pastinya drama ini akan akan tampil dengan aksi dan penuh dengan emosi. Difahamkan bahawa drama ini akan ditayangkan di Netflix pada 3 April 2020.

Buat penonton baru, tonton dahulu drama ni bermula dari bahagian satu hingga tiga untuk memahami jalan cerita yang epik yang mana mampu memukau penulis dan penerbit filem terkemuka dunia iaitu Stephen King.

Baru-baru ini Warner Bros telah mengeluarkan trailer rasmi untuk sekuel Wonder Women 1984 yang pastinya menimbulkan banyak tanda tanya. Klik pautan di bawah untuk tonton trailer tersebut. 

Lihat Steve Trevor Kekal ‘Hidup’ Dalam Trailer Pertama Wonder Women 1984

Tonton Kembali Adegan Paling ‘Win’ Dalam Ejen Ali: The Movie

Anda Mungkin Suka