Nampaknya semakin hari, teknologi yang ada sedikit sebanyak turut memudahkan orang ramai. Tidak dilupakan juga memudahkan rekod yang dibuat berdasarkan perbelanjaan bulanan. Adakah anda seorang yang merekod perbelanjaan bulanan anda? Jika belum, ini mungkin cara termudah anda boleh ikuti.

Kini anda tidak lagi perlu membawa pen dan kertas untuk mengumpul segala rekod perbelanjaan anda. Saya belajar perkara ini daripada Azizi Ali bahawa pentingnya kita rekodkan belanja setiap hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Azizi Ali namakannya money tracker. Pada mulanya tu macam agak susah juga untuk saya nak buat sebab masa kita berbelanja, mana sempat nak tulis. Tapi saya dapat idea sendiri, sangat mudah. Idea ni menyebabkan saya dan Aimi Nazihah berjaya amalkan sampai hari ni.

Caranya mudah sahaja, memandangkan kita semua selalu pegang smartphone sehinggakan mana-mana pun asyik tengok smartphone. Jadi, saya buat satu group WhatsApp. Ahlinya cuma suami dan isteri sahaja. Letak nama group ‘Money Tracker’. Tiap kali lepas makan, beli atau sebarang perbelanjaan yang dibuat, tulis dalam group WhatsApp tersebut seperti ini:

Makan tengahari – RM8.00
Minyak kereta – RM50.00
Parking – RM1.00
Bil letrik – RM78.00
Econsave – RM45.50
Laptop – RM1450.00
Ali bayar hutang +RM300.00
Bonus +RM500.00

Simbol ( – ) adalah sebagai perbelanjaan atau duit keluar manakala simbol ( + ) adalah sebagai pendapatan atau duit masuk.

Mengapa aplikasi WhatsApp?

Kerana di dalam WhatsApp sudah tersedia tarikh dan waktu yang ditulis. Dalam erti kata lain, semakan yang dibuat pada hujung bulan akan lebih mudah berdasarkan fungsi berikut:

1. Jumlah duit yang dibelanja
2. Tarikh perbelanjaan dibuat
3. Apa yang dibelanjakan pada tarikh tersebut
4. Adakah ianya lebih bajet ataupun tidak
5. Jika terlebih bajet, perbelanjaan apakah yang membuatkan bajet terlebih

Kesannya, kita akan lebih mengetahui perbelanjaan setiap bulan terlebih pada bahagian mana supaya lebih beringat dan perbaiki cara perbelanjaan ke arah yang lebih berhemah.

Tips ini pun boleh diaplikasikan pada perkara lain juga. Kalau nak simpan resipi, location, nak buat senarai tugasan, senarai barang yang dibeli, anda hanya cuma perlu buat group WhatsApp suami isteri dan tulis apa saja pada group WhatsApp tersebut untuk disimpan. Semoga bermanfaat.