Sesiapa yang ingin merasai pengalaman berbeza menginap dalam khemah Mongolia, tak perlu pegi jauh sampai ke Mongolia. Semuanya ada di Kundasang, Sabah. Ni percutian 2 hari 1 malam. Reunion trip with my 3 travel buddies.

Semua terbang ke KK untuk berjumpa. Kami memilih menginap di Mongolia Yurt – Wind Paradise. Boleh memuatkan 4 orang dan harga semalam ialah RM300. Khemah ni agak besar di dalamnya.

IMG_7119
HYPE
Keunikan Rasa Asli ‘Grilled Butter Chicken’ Yang Memukau Di The Chicken Rice Shop
Baca lagi →

bercuti-di-sabah-14

bercuti-di-sabah-2

bercuti-di-sabah-3

Baca: 10 Lokasi Percutian Pantai Tercantik Di Malaysia. Bersih Dan Jernih Dari Yang Lain!

Lokasi Mongolian Yurt Wind of Paradise berada di salah satu puncak banjaran-banjaran ni. Bila pertama kali naik bukitnya yang curam tu agak mendebarkan juga.

Bila kami dah naik kami dah tak berani nak turun untuk makan malam di bandar.
Takut nak turun malam bila mengenang bukit tu.

Sebaiknya bawa makanan sebab di sini ada kemudahan untuk BBQ dan ada yang buat party steamboat.  Dapur ada disediakan dan lokasi pun menarik.

Tidur dalam khemah di Kundasang ni boleh tahan sejuknya. Gigil. Rasanya kalau saya bawa longjohn masa tu memang saya akan guna. Over kan, haha.

Tapi sungguh kami semua yang pernah travel masa winter ni pun kesejukkan. Sebab memang spesis tak tahan sejuk semua.

Untuk tandas pulak jangan high expectation. Tandas tu kat luar beratap zink tapi bersambung dengan pintu khemah satu lagi. Tahap biasa-biasa saja la tandasnya. Boleh la untuk duduk semalam dua. Water heater ada disediakan. Itu terbaik.

Duduk sini tak menghadap Gunung Kinabalu. Gunung tu kat belakang tempat ni. Pemandangan di sini tak kurang hebatnya. Rasa tenang menikmati cahaya pagi di kawasan pergunungan ni.

Pengalaman berbeza menginap di khemah Mongolia buat kami semua teruja. Walaupun tak pasti kat Mongolia sama tak macam ni. Kena pergi sendiri lah suatu hari nanti kan. Insya Allah.

bercuti-di-sabah-4

Ruang menyambut tetamu (reception area)

bercuti-di-sabah-5

Tempat untuk steamboat

bercuti-di-sabah-6

Pemandangan yang menarik dari atas.

bercuti-di-sabah-7

bercuti-di-sabah-8

bercuti-di-sabah-9

bercuti-di-sabah-10

bercuti-di-sabah-11

Kipas turut disediakan dalam khemah. Tapi dah sejuk kan? Tak pasang kipas pun tak apa.

bercuti-di-sabah-12

Pintu masuk khemah.

bercuti-di-sabah-13

Ni lah tandas dia. Ada kat luar khemah.

Alamat tempat ni:

Mongolian Yurt Wind Paradise Lodge
Kundasang, Sabah, Malaysia
Tel:+60 19-800 0201

Baca lagi: Pelantar Minyak Terbiar Di Sabah Ditukar Menjadi Sebuah Hotel. Sangat Awesome!

Artikel di atas disumbangkan oleh Missz Nur. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka