CES sememangnya menjadi platform dimana pelbagai jenama besar mengumumkan teknologi dan inovasi terbaru mereka. Dell pada tahun ini, telah melancarkan monitor terbaru mereka dengan paparan 8K dengan saiz skrin 32-inci.

Teknologi ini nampaknya hadir lebih awal daripada apa yang kami jangkakan memandangkan paparan 4K sahaja belum digunakan secara meluas. Melalui model Dell UP3218K, monitor  berjaya menghasilkan paparan yang sharp dan warna yang vibrant. Lebih awesome, monitor ini turut dilengkapi dengan jumlah bilangan pixel tertinggi bagi sebuah monitor iaitu sebanyak 33 megapixel dengan refresh rate 60Hz.

Memandangkan teknologi ini masih baru, pastinya harga yang diumumkan juga agak luar biasa. Model ini akan mula dijual pada pertengahan tahun ini dengan harga $4,999 (~RM22,400).

Berdasarkan harganya, kemungkinan tidak ramai tech youtuber yang berpeluang untuk membuat review mengenai monitor ini. Berbincang mengenai tech youtuber, MKBHD turut menyatakan minat beliau dalam mendapatkan monitor ini dengan cara yang paling cool sekali.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤