Jika berkunjung ke Singapura dan mahu tinggal di sebuah hotel yang sangat-sangat minimalis, boleh cuba tinggal di Mono Hotel. Hotel ini bertempat di Mosque Street yang mempunyai rekaan moden. Mengekalkan segala elemen original seperti tingkap dan salur pengudaraan, hotel ini memang kemas, minimalis dan paling penting tema warnanya yang monochrome.

Setiap biliknya mempunyai rekaan yang berbeza tetapi mengekalkan tema warna hitam dan putih. Disamping itu, palang besi yang dipasang di setiap bilik menjadikan setiap bilik nampak lebih cool dan elegant.

Studio rekaan Singapura, Spacedge Designs adalah dibelakang rekaan hotel yang unik ini. Harga untuk satu malam adalah sekitar USD156(lebih kurang RM670). Review untuk tempat ini juga sangat positif dari pelancong yang sudah menginap di sini. Jadi kalau mahu rasa seperti John Wick, bolehlah cuba. Singapura saja, tak jauh.

hotel-mono-1

hotel-mono-7

hotel-mono-5

hotel-mono-4

hotel-mono-3

hotel-mono-2