Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menerusi kenyataan media terkini telah menegaskan bahawa MyCC mengetahui akan isu-isu yang dibangkitkan oleh orang awam termasuk FOMCA serta persatuan lain.

Kenyataan rasmi ini dibuat sebagai respon untuk menjawab tuduhan yang dibuat terhadap MyCC yang didakwa gagal menghentikan tingkah laku monopoli Touch ‘n Go Sdn. Bhd dan TnG Digital.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Mekanika

MyCC menjelaskan pihak mereka telah mendapati bahawa terdapat salah faham dari FOMCA berkenaan isu monopoli. Hal ini kerana Akta Persaingan 2010 (Akta 712″ secara jelas menggariskan bhawa perusahaan yang monopoli atau dominan dalam sesebuah pasaran tidak membawa kepada pelanggaran.

Bagaimanapun, perusahaan yang bersifat monopoli atau dominan melanggar Akta 712 sekiranya mereka menyalahgunakan kedudukannya di pasaran. Berhubung isu berbangkit, MyCC mengenal pasti bahawa status monopoli TnG hanya membabitkan sistem pembayaran tol sahaja.

TnG telah menjadi monopoli secara semula jadinya berikutan keputusan kerajaan untuk menghapuskan pembayaran tol secara tunai menerusi pewartaan di semua tol di seluruh negara. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di semua tol untuk keselesaan pengguna lebuhraya.

Lanjut, MyCC menyatakan mereka tidak mempunyai sebarang bidang kuasa dalam isu-isu kepenggunaan antara TnG dan penggunanya. TnG sebagai penyedia perkhidmatan wang elektronik adalah di bawah seliaan Bank Negara Malaysia(BNM) menerusi undang-undang dan garis panduan yang berkaitan.

Bagi hubungan antara syarikat TnG dan syarikat-syarikat konsensi tol berkenaan pembayaran tol, hal ini di bawah seliaan Lembaga Lebuhraya Malaysia. Oleh itu, isu monopoli yang dibangkitkan itu tidak tertakluk di bawah MyCC memandangkan bidang kuasa mereka hanya terhad melibatkan isu kepenggunaan sahaja.

Berdasarkan penilaian menyeluruh yang dilakukan oleh MyCC yang mana ia jelas menunjukkan bahawa meskipun TnG merupakan monopoli bagi sistem pembayaran tol, kelakuan mereka tidak dikira sebagai pelanggaran Akta 712.

Sumber