Trilogi Lord Of The Rings semestinya mempunyai pengikut di serata dunia. Sonja Batusic adalah peminat tegar trilogi ini. Pada suatu hari, beliau ternampak permainan ‘Monopoly’ di Ebay dan beliau sangat inginkan board game tersebut. Tetapi ianya mahal dan tidak berbaloi untuk dibeli. Ditambah pula ada aspek dalam permainan itu yang beliau tidak gemari; ada parking di Mordor dan polis. Ianya secara langsung tidak relevan dengan filem itu.

I-Made-A-LOTR-Themed-Monopoly__880

Jadi gadis ini bina sendiri Monopoly Lord Of The Ring versinya. Beliau bermula dengan satu kotak kayu yang beliau jumpa di rumahnya. Beliau buat sendiri design, sistem permainan monopoly ini dan bina partition untuk simpan kad, dadu dan duit dalam kotak itu. Dengan itu, terciptalah Monopoly yang awesome ini.

Gadis ini ambil masa dua minggu untuk siapkan set Monopoly ini. Yeah, mesti seronok main Monopoly ni. Boleh jerit pada kawan,”You shall not pass! Bayar dulu, baru lepas.” Boleh juga lihat karya lain Sonja di sini.

I-Made-A-LOTR-Themed-Monopoly1__880

I-Made-A-LOTR-Themed-Monopoly2__880

I-Made-A-LOTR-Themed-Monopoly3__880

I-Made-A-LOTR-Themed-Monopoly4__880

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤