Adakah anda ketahui lokasi sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia? Bagi anda yang tidak tahu, titik tengah Semenanjung Malaysia terletak di Kampung Paya Siput, Temerloh.

Oleh itu, tidak lama lagi daerah Temerloh bukan sahaja akan terkenal dengan ‘Bandar Ikan Patin’ tetapi bakal menjadi satu tarikan pelancong baharu dengan adanya monumen titik tengah Semenanjung Malaysia yang bakal siap dibina tidak lama lagi.

S10
HYPE
Rakam Video Dan Terus Sunting, Ini Kelebihan Samsung Galaxy Note10 Untuk Anda Yang ‘On The Go’
Baca lagi →

70226349_3208498362511186_469485112803721216_n

Berikutan itu, seorang pengguna Facebook Omén Necrofis telah berkongsi sedikit maklumat tentang monumen titik tengah Semenanjung Malaysia. Monumen tersebut terletak di Kampung Paya Siput, Lancang di antara jalan raya lama yang menghubungkan Karak dan Temerloh.

Melalui kaedah topografi, kiraan jisim dan kaedah matematik, JUPEM telah memilih untuk mengambil kira-kiraan matematik sebagai asas penentuan titik tengah tersebut.

69960972_3208498529177836_1549760359450017792_n

69999991_3211111558916533_7460207345310629888_o

Kedudukan di dalam peta boleh dirujuk dengan koordinat:

03 29 33U / 102 13 10T
3.4925U / 102.219444T
RSO: x 469519.6934 / y 386358.7627

Untuk pengetahuan anda, titik sebenar jatuh di bawah sebuah madrasah dalam tanah wakaf sekolah pondok dan titik tengah telah dialih sedikit (120m arah bearing 020). Jika dilihat, mercu monumen dicondongkan menghala ke arah kiblat dgn pacakan 5 batang buluh mewakili rukun Islam.

70779012_3208498469177842_6076186913365032960_n

70308977_3208498602511162_3970880514226651136_n

Sebelum ini, ada yang beranggapan KM 0 di Kuala Lipis adalah titik tengah SM tetapi yang sebenarnya, mana-mana kiraan jarak perbatuan antara bandar-bandar atau pekan-pekan adalah berdasarkan kedudukan Pejabat Pos.

Anda boleh datang singgah melawat monumen yang dalam fasa akhir pembinaan ini jika ke Temerloh dalam masa terdekat. Tidak tahu mahu ke mana di Pahang? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

12 Resort Bukti Janda Baik, Pahang Adalah Lokasi Percutian Terbaik Untuk Keluarga

6 ‘Hidden Gems’ Menarik Di Besut, Terengganu Yang Anda Patut Terokai

Anda Mungkin Suka