Hari ini maka bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) hampir seluruh Malaysia. PKP 3.0 yang terpaksa dijalankan pada kali ini dibuat sebagai usaha untuk mengurangkan jumlah penularan COVID-19 berikutan jumlah kes yang semakin membingbangkan.

Perlaksanaan PKP 3.0 walau bagaimanapun nampaknya telah menerima pelbagai respon daripada orang ramai yang bersetuju dengan perlaksanaan yang dijalankan manakala terdapat yang kurang bersetuju dengannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengulas daripada sektor ekonomi, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus memaklumkan ekonomi negara masih dalam landasan yang baik meskipun berdepan dengan beberapa cabaran sekaligus menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus meningkat antara 6.0 ke 7.5 peratus pada 2021.

bank-negara-malaysia-bnm-3_bnm.gov_.my__1
Sumber: the edge markets

Menurutnya, beliau berpendapat menjalankan PKP 3.0 tidak akan memberi kesan yan besar kepada pertumbuhan keseluruhan berbanding PKP yang dijalankan sebelum ini.

Beliau juga turut memaklumkan pemberian moratorium menyeluruh secara automatik bukan solusi terbaik sewaktu ini. Sebaliknya, penawaran moratorium bersasar serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) antara solusi buat mereka yang mengalami pendapatan terjejas sewaktu ini.

Pengumuman yang dibuat Gabenor BNM nyata tidak dipersetujui para netizen yang berpendapat moratorium dan pemberian i-Sinar perlu diteruskan. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu ini.

Screen Shot 2021-05-12 at 12.06.22 PM
Sumber: Facebook Harian Metro
Screen Shot 2021-05-12 at 12.05.57 PM
Sumber: Facebook Harian Metro

Turut terkesan menerusi PKP 3.0 yang dijalankan ini adalah para peniaga yang berniaga di bazar raya di mana tiada lagi pembukaan dibenarkan sewaktu PKP 3.0 ini berlangsung membuat sejumlah besar barangan gagal meraih penjualan.

Tular sebelum ini apabila seorang instafamous bangga mempamerkan mampu surprise pekerja dengan pemberian bonus sekaligus mengabaikan SOP.

Bangga ‘Surprise’ Pekerja Dengan Pemberian Bonus, Video Instafamous Abai SOP Ini Jadi Perhatian Netizen

Dalam Tempoh 10 Tahun Akan Datang, Hampir 600 Cawangan Bank Di Malaysia Dijangka Tutup

Sumber