Pasti anda pernah dengar berita penipuan pakej pelancongan dan pasti anda berasa takut untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan serta tidak mahu diri anda ditipu.

Terbaharu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah berkongsi 15 nama agensi pelancongan yang didapati tidak memiliki lesen sah sekaligus telah melanggar akta Industri Pelancongan 1992.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian tersebut, berikut adalah 15 nama agensi pelancongan yang didapati telah melanggar akta Industri Pelancongan 1992.

1. HM IZ EMPIRE TRAVEL AGENCY
2. IZZ IKHWAN TRAVEL TOURS
3. ALWANI IZYAN SWAGSARANG
4. AS-SHAMS TRAVEL & TOURS
5. DOLPHIN ISLAND TRIP
6. FAHMI HOTBLENZ
7. HAYYAT TRAVEL
8. JMH TRAVEL AGENCY
9. JOM RONDA PULAU BY CHEKGU MURNI
10. KAPAS VACAY
11. MOHAMMAD HARITH NOAH HAFIZH
12. MYAZZAHRA
13. SWAGSARANG HOLIDAYS
14. SYUHADA ISMAIL
15. TRIPZ HR HOLIDAY SERI PETALING

Jika anda ingin melihat senarai penuh, anda boleh lihat di sini dan anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini di laman web rasmi MOTAC. Pastikan anda menyemak dahulu agensi pelancongan untuk mengelakkan daripada ditipu.