Semalam berlangsungnya tayangan perdana untuk filem mother!. Filem genre Psycho/horror ini diarah pengarah terkenal Darren Aronofsky. Saya mula mengenali Darren menerusi karya awal beliau, Requiem For A Dream. Darren tidak mengarah banyak filem tetapi filem arahannya kebanyakkannya mendapat respon positif daripada pengkritik filem.

Namun untuk filem ini, ianya mendapat respon yang pelbagai. Ada yang suka dan ada yang lost. Jadi anda bakal jadi penonton yang mana satu selepas tamat filem ini? Darren memang terkenal sebagai seorang direktor yang suka eksperimen dengan karyanya. Jennifer Lawrence sendiri tertarik untuk berlakon dalam filem ini kerana watak yang bakal dilakonkannya adalah watak yang beliau belum pernah lakonkan sebelum ini.

mother! akan membawa anda cerita seorang wanita (Jennifer Lawrence) bersama suaminya (Javier Bardem) yang baru berpindah ke sebuah rumah di luar bandar. Mereka kemudiannya diganggu oleh dua orang penduduk tempatan (Ed Harris and Michelle Pfeiffer) dan keadaan mula menjadi semakin pelik selepas itu.

Baik. Sebelum kita mula, anda perlu tonton trailer di atas ini terlebih dahulu. Sudah tengok? Trailer di atas ini hanya tunjuk tak sampai 10% kandungan jalan cerita filem ini dan yang lain, mereka simpan dalam filem ini. Kiranya, anda tak boleh judge filem ini berdasarkan trailer ini semata-mata.

Filem dua jam ini terbahagi kepada dua bahagian. Sejam pertama adalah penceritaan dan jika anda penonton biasa dan bukannya seorang peminat filem, anda mungkin sudah keluar wayang kerana ceritanya jujur saya cakap memang slow. Tetapi anda akan rugi kerana sejam kedua barulah kehebatan filem ini datang memuncak-muncak. Apa yang terjadi? Itu anda kena tengok sendiri di pawagam. Anda pasti sakit hati dengan tetamu yang datang ke rumah Jennifer Lawrence dan kesian mengenang nasib yang menimpa beliau.

mother 1

Menarik tentang mother! adalah tidak ada satu watak pun dalam filem ini yang mempunyai nama. Saya sudah perasan ketika di pertengahan filem tetapi apabila sampai end credit, ya memang tiada. Mereka hanya disebut sebagai, she, the doctor, the doctor’s wife dan begitulah. Sesuatu yang baru dan unik pada pandangan saya.

Anda pernah tonton filem Prestige arahan Christoper Nolan? Plot filem ini hampir sama dengan filem Prestige di mana bahagian klimaks filem ini hanya muncul di hujung filem. Memang tercabar kesabaran anda untuk tunggu apa sebenarnya yang berlaku di dalam rumah yang diduduki Jeniffer Lawrence ini.

Lakonan Jennifer Lawrence dalam ini tidak dinafikan hebat dalam filem ini. Tetapi Javier Bardem yang akan ‘mencuri’ spotlight watak Jeniffer di saat-saat akhir. Anda tidak akan sangka siapa Javier Bardem ini sebenarnya. Selepas anda tahu siapa si suami yang sebenar, reaksi anda akan seperti gambar di bawah.

Blink guy gif

Jadi apa yang membezakan filem mother! ini dengan filem psycho/horror yang lain? Filem ini memang satu filem yang unik dan membuat anda berfikir untuk relate kembali ending filem ini dengan apa yang berlaku sepanjang filem ini. Saya pun selepas tamat sahaja filem ini, saya terduduk di atas kerusi sebentar cuba mencantum kembali segala puzzle dibuat Darren Aronofsky dalam filem ini. Mind blown otak saya.

Saya agak skeptikal sebenarnya dengan filem ini takut-takut ianya menghampakan. Tetapi mother! mempunyai keunikannya yang tersendiri. Macam yang saya cakap di atas, anda tidak akan tahu filem ini tentang apa jika hanya tengok trailer sahaja. Yang pastinya anda pasti mind blown dengan ending filem ini.

Saya beri rating 7.8/10 untuk filem ini. Suka atau tidak, ianya berdasarkan minat anda kepada genre sesebuah filem. Kalau anda dapat bertahan dengan filem yang heavy drama, teruskan dan jika anda ingin mencari hiburan untuk gelak tawa, ini bukan filemnya. Sampai sekarang saya masih terfikir tentang filem ini. Itulah penangan yang Darren Aronofsky bagi kepada anda nanti. Selamat menonton!