Berita baik buat peminat sukan permotoran apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal dalam kalendar Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) sehingga 2024. Manakala Petronas pula terus menjadi penaja utama perlumbaan itu.

Selepas perlumbaan musim 2020 dan 2021 dibatalkan berikutan pandemik COVID-19, perlumbaan tahun ini dijadual berlangsung pada 21-23 Oktober akan datang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada masa sama Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta menyatakan pusingan di Malaysia nanti akan dikenali sebagai Grand Prix Petronas Malaysia secara rasmi mulai tahun ini. Tambah beliau lagi, semua pihak terlibat sudah pun berbincang untuk melanjutkan kontrak hingga 2026.

“Selepas terbukti dapat kembali ke Malaysia untuk ujian pramusim tahun ini, kami lebih bersemangat untuk kembali dan berlumba. Kami semua menantikan Grand Prix Malaysia dan melihat peminat kami di Malaysia untuk banyak musim lagi.

“Kami juga berbangga dapat menjalinkan kerjasama dengan Petronas, jenama yang sinonim dengan kecemerlangan dan kejayaan, dan duta hebat untuk Malaysia di persada dunia.

“Tiada yang lebih baik sebagai penaja utama untuk Grand Prix Malaysia selain daripada satu nama yang menjadi lambang dalam sukan permotoran. Kami tidak sabar untuk melihat jenama ikonik ini mendapat pengiktirafan teratas pada acara itu,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Sumber Gambar: MotoGP

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif pula mengucapkan penghargaan kepada mereka yang menjadikan lanjutan kontrak berkenaan menjadi kenyataan.

“Dengan rekod penonton yang dicatatkan sentiasa meningkat setiap tahun, kami tidak sabar untuk menyambut kedatangan penonton kembali ke Sepang selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian berikutan pandemik.

“Selaras dengan tema kami #WelcomeHome, tahun ini adalah mengenai kebangkitan sukan permotoran antarabangsa dengan tawaran lebih unik kepada peminat,” terang beliau.

Sumber Gambar: Sepang Circuit

Tiket ‘Early Birds‘ sudah pun mula dijual pada kuantiti terhad bermula hari ini sehinggalah 31 Mei nanti. Harga ditawarkan untuk ‘F Grandstand’ bermula RM123 sehinggalah tiket termahal untuk ‘Premier Seat’ bernilai RM543.

Bagi anda yang tidak mahu lepaskan peluang untuk menonton persembahan hebat pelumba-pelumba MotoGP antarabangsa kembali beraksi di litar kebanggaan negara, bolehlah dapatkan tiket dan info lanjut di sini.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, anda boleh baca kisah-kisah sensasi yang berlaku semasa acara perlumbaan MotoGP berlangsung di litar baharu negara jiran.

Penganjur MotoGP Indonesia Habiskan RM30,000 Untuk Bayar Khidmat Bomoh ‘Tolak Hujan’

Alami Cuaca Buruk, Indonesia Guna Khidmat Bomoh Untuk ‘Tolak Hujan’ Pada Acara MotoGP

Petugas Kebersihan Mengeluh, MotoGP Mandalika Hasilkan 26 Tan Sampah Dalam Sehari