Setiap kali kita mendengar isu mengenai kes kecurian motosikal, kebanyakannya gagal dijumpai meskipun sudah pelbagai cara diusahakan. Kehadiran motosikal model-model ‘panas’ pula membuatkan kes kecurian motosikal dilihat semakin menjadi-jadi waima diletakkan di tempat yang selamat.
Pada kali ini, seorang pengguna Twitter iaitu Wan Haziq tampil dengan sebuah perkongsian dimana motosikal beliau yang dicuri pada jam 5 pagi berjaya dijumpai semula pada jam 7 pagi iaitu kira-kira 2 jam selepas kecurian.
GPS Tracker sebagai penyelamat
Apa yang menjadi penyelamat serta memudahkan tugas pihak polis membantu mendapatkan motorsikal ini adalah kehadiran GPS Tracker yang dipasang pada motosikalnya. Berdasarkan perkongsian, beliau berpeluang mengetahui dimanakah lokasi motosikal beliau berada sejak mulai dicuri.
Anyone nak pasang gps tracker? Please pasang. It helped me tracking my lost motorcycle. Hilang pukul 5 pagi and pukul 7 dah jumpa. Also found 2 stolen motorcycle in the house. And big thanks @PDRMsia pr the full commitment. pic.twitter.com/xVRHkq3zlF
— Wan Haziq (@whaziqmahazir) August 17, 2020
Perkongsian beliau di Twitter nampaknya telah menerima sambutan baik di kalangan netizen sekaligus membuatkan para netizen tertanya-tanya model GPS Tracker yang manakah digunakan.
Menerusi perkongsian Wan Haziq, model yang digunakan beliau adalah Motomart GPS Tracker daripada jenama Pitstop. Untuk mengaktifkan GPS agar dapat dipantau, para pengguna dicadangkan untuk menggunakan kad SIM ONEXOX yang mampu aktif sehingga 28 bulan.
Saya beli and pasang di Soon Hong Trading, danau kota.
Total RM310 termasuk pemasangan and simcard onexox yang valid untuk 28 bulan.
So kalau habis 28 bulan just beli lagi sekali and top up berapa ringgit saya tak ingat. Then, update je number baru dekat apps motomart. Simple. pic.twitter.com/Urp8f1REGV
— Wan Haziq (@whaziqmahazir) August 17, 2020
“Motomart gps tracker” by pitstop motorsport ni boleh dipasang dekat semua jentera.
So kalau ada kereta, boleh pasang. Myvi? Pasang dua.
Ni contoh orang guna tracker motomart dekat bot. pic.twitter.com/vmPtRBBI9x
— Wan Haziq (@whaziqmahazir) August 17, 2020
Mengulas mengenai lokasi beliau mendapatkan GPS Tracker, Wan Haziq maklumkan beliau mendapatkannya di Soon Hong Trading yang bertempat di Danau Kota. Dalam pada itu, para pengguna berpeluang mendapatkan Motomart GPS Tracker dengan harga yang jauh lebih rendah melalui pembelian di Shopee.
Berdasarkan perkongsian, para netizen nampaknya mulai menunjukkan minat untuk memasang GPS Tracker. Tidak hanya sesuai dipasang pada motosikal, GPS Tracker juga boleh dipasang pada kereta bagi mengelakkan kereta dicuri tanpa jejak
Kami juga tidak terlepas untuk membuat pencarian model yang menjadi penyelamat kepada motosikal lelaki yang tular di Shopee dan secara tidak menjumpai penawar GPS Tracker Motomart dengan harga yang rendah dan mampu milik.
Menerusi carian yang dibuat, anda selaku penunggang motosikal yang risau motosikal dicuri atau mahu elakkan risiko motosikal hilang tanpa pengetahuan boleh mendapatkan model ini di Shopee dengan harga serendah RM155 sahaja. Para pengguna boleh klik di sini untuk mendapatkannya.
Pada awal bulan ini, tular sebuah video dimana penunggang motosikal terlibat dengan dua kemalangan dalam satu masa sekaligus menjadi perbincangan para netizen.
Tular Video Penunggang Motosikal Terlibat Dua Kemalangan Dalam Satu Masa
Sanggup ‘U-Turn’ Untuk Bertengkar, Aksi Penunggang Motosikal Ini Buat Netizen Marah