Syarikat Motorola sehingga kini masih aktif menawarkan telefon pintar mereka di dalam pasaran. Apa yang menarik terhadap penawaran telefon pintar bajet Motorola seterusnya adalah penggunaan nama sebuah negeri yang terletak di Malaysia iaitu Penang.

Masih belum diketahui sebab menggunakan nama tersebut namun telah menarik perhatian rakyat Malaysia kerana nama Penang digunakan oleh syarikat pengeluar global itu. Setakat ini, Motorola Penang diklasifikasi sebagai peranti mampu milik Android yang bakal ditawarkan pada tahun 2023 di dalam pasaran Amerika Syarikat sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Gadget Gang

Difahamkan terdapat sebanyak tiga kod nama model yang digunakan termasuklah Penang5G, Penang4G dan Penang+. Motorola sendiri mempunyai hubungan yang lama bersama Malaysia dan menjadi antara pelabur asing utama pertama di negara ini.

Malah, Pulau Pinang juga merupakan tempat kepada kemudahan pembuatan Motorola di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1972. Fasiliti Motorola di Pulau Pinang juga adalah pusat R&D global kedua terbesar syarikat itu dengan lebih 1,000 jurutera ditempatkan di sana.

Jadi, tidak hairanlah jika Motorola menamakan Penang pada telefon pintar bajet baharu kerana mempunyai fasiliti terbesar di negeri Pulau Pinang dan menjadi rumah kepada pembangunan peranti mereka yang seterusnya.

Sumber