Mula dilancarkan pada bulan November lalu, kehadiran Motorola sememangnya dinantikan ramai selepas model yang sepi lebih sedekad membuat kemunculan semula iaitu Motorola Razr.

Menariknya, model ini masih lagi mengekalkan identiti model ini yang boleh dilipat dengan penyertaan spesifikasi terkini. Motorola Razr generasi terbaru ini bakal dilengkapi dengan skrin 6.2-inci. Penggunaan processor Snapdragon 710 beserta RAM 4GB atau 6GB antara yang disertakan.

motorola-razr-blush-gold-04

motorola-razr-blush-gold-02

motorola-razr-blush-gold-03

Terbaharu, Motorola sekali lagi cuba throwback zaman kegemilangan Motorola Razr dengan melancarkan Motorola Razr keluaran 2020 dengan warna emas yang sangat eksklusif mirip. Pengenalan model ini sekaligus turut mengingatkan orang ramai terhadap model yang pernah popular suatu ketika dahulu iaitu Razr2 V8 Gold.

Mengulas dari segi harga, model terbaru Motorola Razr ini sedia untuk didapatkan dengan harga sekitar $1,500 (RM6,502). Sekiranya penggayaan antara yang menjadi keutamaan anda, mungkin generasi terbaru Motorola Razr antara model yang berbaloi anda miliki.

Berdasarkan ujian yang dibuat sebelum ini, Motorola Razr dikatakan mulai rosak selepas diuji sebanyak 27,000 kali.

Pelipat Motorola Razr Rosak Selepas Diuji 27,000 Kali

Kehadiran Semula Motorola Razr Generasi Terbaru Buatkan Orang Ramai Teruja