Motorola RAZR ikonik yang merupakan salah satu telefon bimbit yang sangat popular satu ketika dahulu bersedia untuk membuat kemunculan besar sebagai telefon pintar skrin yang boleh dilipat dan dikatakan bakal dilancarkan mulai Februari ini.

Sebelum iPhone dan telefon pintar lain, Motorola RAZR adalah telefon ini sangat popular dikalangan pengguna sehingga ianya dapat dijual lebih daripada 130 juat unit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

57

Meskipun bakal dilancarkan pada Februari ini, butiran telefon tersebut seperti saiz skrinnya, sokongan untuk 5G dan ciri-ciri lain masih belum dimuktamadkan lagi namun ianya dikatakan bakal muncul dengan skrin boleh lipat.

Walaupun penggunaan skrin yang boleh dilipat akan dilihat nostalgia, harga yang ditawarkan di Amerika Syarikat untuk kemunculan baru Motorola RAZR itu mencapai $1,500 (RM6,171.93) yang mungkin terbukti terlalu besar jumlahnya kepada pembeli.

Setakat ini masih belum diketahui spesifikasi apakah yang bakal tersedia buat Motorola Razr versi terbaru ini. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Motorola Razr pada bulan Februari ini.

https://www.youtube.com/watch?v=RVzE1YS9UWM