Sekiranya anda masih lagi ingat lagi Motorola pernah popular suatu ketika dahulu dengan model Razr. Telefon bimbit yang bersaiz nipis pada ketika itu berjaya membuatkan para penggunanya tampil elegen berdasarkan rekaannya.

Terbaru, CEO Motorola turut mengesahkan mereka mungkin bakal membuat comeback dengan pelancaran Motorola Razr versi terbaru pada tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Motorola_RAZR_V3i_01

Setakat ini, masih belum terdapat sebarang rekaan dan spesifikasi yang diumumkan Motorola. Dalam pada itu, kami yakin Motorola masih lagi mempunyai peminatnya yang tersendiri yang ingin throwback kembali model yang penuh nostalgia ini.

Trend pengeluar jenama smartphone mengeluarkan kembali model yang pernah popular juga dilihat semakin menjadi kebiasaan setelah Nokia mengumumkan model Nokia 8810 baru-baru ini.

$_57

Kongsikan bersama kami sekiranya anda pernah menjadi pengguna Motorola Razr atau pernah mempunyai kenangan bersama telefon bimbit premium ini.

Sumber