Sejak hujung minggu lalu, tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan sebuah motosikal Yamaha LC yang diletakkan di atas peti surat sebuah apartment di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Kejadian itu menurut laporan Kosmo berlaku selepas motosikal tersebut dikatakan berada di petak kuning kawasan parking berkenaan dan pada masa sama menghalang laluan utama penduduk di situ.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi, apa yang sedikit mengejutkan dan mungkin berbeza daripada tanggapan kita semua yang melihat gambar tersebut, ianya menurut saksi kejadian bukanlah salah pemilik motosikal tersebut.

138400826_1026735041154488_97900944972967207_n
Motosikal yang diletakkan di atas peti surat pada hujung minggu lalu.

Ya, mungkin ramai dalam kalangan kita yang beranggapan- motosikal itu menerima nasib demikian kerana salah tuannya dan mungkin juga ini bukanlah kali pertama ia dilakukannya.

Menurut saksi seperti dipetik Kosmo, terdapat sedikit salah faham mengenai kejadian tersebut di mana ianya bukan berpunca daripada kesalahan tuan kepada motosikal berkenaan.

Orang lain buat orang lain yang kena

Namun, ianya berpunca daripada kesalahan individu lain yang mengalihkan dan meletakkan motosikal Yamaha LC itu di petak kuning untuk mengambil dan mengeluarkan motosikalnya.

“Telah berlaku salah faham apabila orang awam menyangka pemilik motosikal Yamaha LC itu sengaja meletakkan dengan sesuka hati di dalam petak kuning.

“Bagaimanapun difahamkan, ini bukan kejadian pertama motosikal diletakkan di petak kuning di situ. Sebelum ini, ada juga pemilik motosikal lain melakukan perkara sama,” kata saksi kepada Kosmo.

Jadi, apa yang berlaku adalah ada pihak atau individu yang mengalihkan dan meletakkan Yamaha LC itu ke dalam petak kuning (secara sengaja atau tidak) dan tidak meletakkannya ke tempat asal.

Di penghujungnya, motosikal berkenaan menjadi mangsa dan dialihkan satu lagi pihak ke atas peti surat kerana ia mungkin mengganggu laluan utama mereka di flat berkenaan.

Baca juga perkongsian semasa di media sosial yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Dakwa Baju Kurung Sudah Dilupai Rakyat Malaysia, Netizen Bersatu Tempelak ‘Inisiatif’ Minah Salleh Ini

Buat ‘Post-Mortem’ Selepas Sambal Habis Terjual, Cara Khairulaming Dipuji Netizen

PlayStation 4 Antara Yang Dicuri Penyewa, Pemilik Homestay Rugi Lebih RM6,000

Sumber