Berikutan evolusi penggunaan sistem kuasa elektrik untuk kenderaan dua roda yang sedang dijalankan, pihak Ducati turut tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti evolusi penggunaan sistem kuasa elektrik untuk dunia permotoran ini.

Motosikal Ducati merupakan jenama motosikal yang terkenal dikalangan pengguna dengan kemampuan dan kelajuannya di litar mahupun di lebuhraya. Oleh itu, Ducati mungkin akan jadi pengeluar yang seterusnya yang akan melancarkan motosikal elektrik pertama mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

CEO Ducati, Claudio Domenicali berkata syarikat Ducati telahpun bersedia untuk melancarkan motosikal elektrik pertama mereka dalam usaha untuk mengejar evolusi penggunaan sistem kuasa elektrik yang semakin meluas pada ketika ini.

Claudio juga berkata, motosikal elekrtik pertama yang akan dihasilkan oleh Ducati ini bakal disaksikan oleh pengguna dan peminat Ducati dalam masa terdekat ini. Buat penggemar motosikal Ducati, anda bolehlah menunggu keluaran terbaru daripada Ducati ini untuk dijadikan koleksi terbaru anda.

Dapatkah model ini menandingi rekaan motosikal elektrik keluaran Harley Davidson? Sama-sama kita nantikan.

Ducati-Zero-Motosikal-Elektrik-1

Ducati-Zero-1

Ducati-Zero