Setiap pihak tidak boleh bersikap sambil lewa setiap kali berada di atas jalan raya, ini kerana ia boleh mengundang kemalangan berlaku melibatkan pengguna jalan raya lain.

Pada petang semalam, tular satu rakaman video dashcam sebuah motosikal yang dinaiki dua orang wanita melanggar kereta Perodua Axia apabila cuba mengelak pintu dibuka oleh kenderaan lain yang ada berhampiran.

Tindakan mengejut wanita di bahagian penumpang kereta Vios itu menyebabkan motosikal itu melanggar hadapan kereta Axia yang berada di lorong kiri dan kotak yang dipegang oleh pembonceng terus terjatuh di atas jalan raya.

Kejadian yang didakwa berlaku di Melaka itu mencetus tanda tanya orang ramai mengapa penumpang Vios itu membuka pintu di tengah-tengah jalan raya. Pada masa sama, netizen turut mengecam tindakan tersebut kerana boleh menyebabkan kecederaan kepada kedua-dua wanita terbabit.

Sumber Gambar: Facebook DashCam Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Malaysia
Sumber Gambar: Facebook DashCam Malaysia

Netizen juga menegaskan ini tindakan seperti ini tidak asing lagi di atas jalan raya, bahkan sudah ada kes-kes yang melibatkan mangsa mengalami kecederaan parah. Lebih teruk lagi, ada yang meninggal dunia.

Semoga kedua-dua wanita dan pemilik Axia itu dapat meminta ganti rugi daripada kecuaian yang dilakukan oleh penumpang Toyota Vios terbabit.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Dua buah kenderaan mengalami kerosakan apabila terpaksa memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba untuk berikan laluan kepada VVIP. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Akibat Hentikan Trafik Demi VVIP, Dua Buah Kereta Kemalangan

Penampakan ‘Lembaga Putih’ Tumpang Pacuan Empat Roda Timbul Tanda Tanya Ramai

Sumber