Jika sebelum ini, adidas dan oreo telah berkolaborasi dengan Game of Thrones menghasilkan produk sempena musim terakhir Game of Thrones kini giliran Mountain Dew pula untuk berkolaborasi bersama dengan Game of Thrones dengan pelancaran kempen “A Can Has No Name”.

Mountain Dew telah memperkenalkan kempen #ForTheThrone dengan perkongsian video yang menampilkan Joel Embiid yang sedang duduk di atas takhta sambil minum air. Menariknya lagi, ia tampil dengan rekaan baharu pada tin minuman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih mencuri perhatian, satu pertandingan bakal diadakan untuk membolehkan anda mendapatkan Mountain Dew edisi terhad ini. Petunjuk untuk ke lokasi dan kata laluan khas akan dikongsi melalui akaun media sosial rasmi Mountain Dew. Hal ini kerana Mountain Dew edisi terhad ini hanya boleh didapati melalui penaung yang telah dipilih di New York dan LA sahaja.

Jangan lupa saksikan musim terakhir Game of Thrones yang bakal ditayangkan di HBO mulai 14 April ini.