Movie Animation Park Studios yang terletak di Ipoh, Perak merupakan teman tema animasi yang pertama di Asia. Dijadualkan pembukaannya pada Julai 2016 ini, ia merupakan taman tema yang sesuai untuk hiburan seisi keluarga. Dengan anggaran kos sebanyak RM450 juta, taman tema ini akan menambah satu lagi pilihan buat rakyat Malaysia dalam memilih destinasi percutian mereka kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gambaran pelukis illustrasi terhadap Movie Animation Park Studios setelah ia siap sepenuhnya.

Movie Animation Park Studios di dalam proses pembinaan.

Apa yang menariknya, Movie Animation Park Studios ini turut mengetengahkan animasi kegemaran ramai iaitu siri BoBoiBoy sebagai salah satu tarikan utama mereka. Pasti kanak-kanak yang menggemari watak BoBoiBoy tidak sabar-sabar untuk bermain di tarikan tersebut.

Selain itu, Movie Animation Park Studios ini turut menawarkan 6 zon bertema dengan lebih daripada 40 tarikan dan permainan. Antara zon bertema yang disediakan adalah The Home of BoBoiBoy, Stunt Legends, Dreamworks Adventure Zone, The Smurfs, Megamind Megadrop dan Fantasy Forest Zone.

Pengunjung akan berpeluang melawat Home of BoBoiBoy, yang mengetengahkan BoBoiBoy 4D Adventure, BoBoiBoy Hero Academy, Tok Aba Kokotiam dan pelbagai lagi.

Stunt Legends merupakan persembahan aksi kereta dan motor yang pertama di Asia Tenggara. Ia ditempatkan di sebuah arena dengan kapasiti sebanyak 2000 tempat duduk buat para pengunjung.

Berhiburlah dengan Mr. Peabody & Sherman’s Time Adventure, Megamind Megadrop, Casper’s Birthday Blast serta pelbagai lagi tarikan.

Tonton persembahan Smurftastic yang turut memaparkan efek istimewa CGI.

Rasai pengalaman menjelajahi serta pengembaraan di dalam alam penuh fantasi.

Nikmati pengalaman menjamu selera serta berbelanja di ruang yang direka khas untuk para peminat angkasa.

Harga tiket masuk ke Movie Animation Park Studios.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Movie Animation Park Studios ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi mereka. Mereka juga boleh dihubungi melalui talian 05-501 5666 atau 03-7499 0092.

BACA: 7 Sebab Kenapa Ipoh Adalah Destinasi Percutian Paling Hipster Di Malaysia