Masih ingat dengan gambar seorang budak lelaki dikelilingi kerbau yang memenangi Anugerah Imej Terbaik Asia 2018? Nampaknya selepas muncul dalam gambar, adik Mohd Syukur Khamis akan muncul pula di kaca TV menerusi telemovie ‘Budok Kuba’.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

‘Budok Kuba’ yang ditulis oleh Jo Sidek ini merupakan kisah fiksyen diinspirasikan daripada foto Syukor yang diambil oleh dua individu iaitu jurugambar Mohd Nazri Sulaiman dan Pegawai Kebudayaan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu, Abdullah Deen Mohd Zain.

Ianya mengisahkan Amar (Syukor) yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan hidup setelah berpindah dari bandar ke kampung ibunya kerana penceraian ibu bapanya.

Menemui ketenangan dalam kalangan kerbau dan haiwan ternakan milik datuknya, Amar mula melalui konflik selepas bapanya berubah hati akibat daripada perkahwinannya yang tidak dikurniakan cahaya mata.

Budok Kuba

Filem ini pastinya akan memaparkan hubungan baik Syukor dengan kerbau peliharaannya. Telemovie Budok Kuba akan ditayangkan di saluran Astro Citra Sabtu ini (20 Julai) pada jam 9.00 malam.

Anda Mungkin Suka