Sekiranya anda melombong bitcoin, apa yang berlaku di Puchong ini mungkin bakal menjadi pengajaran buat anda. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) baru-baru ini telah menyerbu sebuah premis yang dikatakan telah menjadikan sebuah rumah sebagai premis melombong bitcoin secara haram.

Difahamkan aktiviti yang dijalankan ini sudah dijalankan sejak beberapa bulan lalu di dua kediaman berbeza di Jalan Merbok 2, Puchong Jaya sebelum pihak MPSJ berpihak untuk menyerbu premis ini.

Sumber: TheStar

Keputusan untuk menyerbu premis ini dibuat setelah MPSJ menerima aduan daripada penduduk setempat dimana jiran tertangga yang berada sekitar Jalan Merbok 2 sering mengalami masalah gangguan elektrik yang kerap.

Lebih bermasalah apabila premis ini sering dijadikan pusat untuk orang ramai berkumpul membuatkan penduduk setempat sering mengalami masalah meletak kenderaan mereka. Pemilik premis ini juga didakwa MPSJ selepas menyalahi undang-undang menjalankan perniagaan di dalam kediaman secara haram.

susunan bitcoin miner untuk mengelakkan daripada kepanasan

Berdasarkan hasil siasatan yang dibuat, MPSJ telah mendapati premis ini dibenuhi dengan sejumlah besar bilangan komputer yang diasingkan dengan beberapa keping papan lapis. Wayar yang disambung pada komputer juga didapati berselirat penuh dibahagian lantai premis.

Setakat ini rumah ini telahpun dikosongkan daripada sebarang aktiviti melibatkan perlombongan bitcoin untuk mengelakkan daripada perkara yang sama berlaku lagi.

Sumber