Hari ini Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan MPV dengan rekaan futuristik Hyundai STARIA 10-seater dengan tiga varian untuk dipilih iaitu Lite, Plus dan Max — bermula daripada RM179,888.00.

Direka untuk keluarga besar dan perniagaan, versi 10-seaters ini mempunyai susun atur tempat duduk 2-3-2-3. Ia mempunyai ruang simpanan yang praktikal dan tempat duduk boleh dilaras mengikut kepelbagaian ketinggian untuk kegunaan anda sendiri bagi keperluan yang berbeza, seperti pengangkutan kargo dan peralatan sukan, atau pergi melakukan aktiviti perkhemahan.

Baca Juga:

Menurut En. Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM, Hyundai Staria ini adalah MPV besar yang paling serba boleh yang dilancarkan oleh Hyundai yang menawarkan fleksibiliti maksimum dengan ‘konfigurasi tempat duduk’ dan ‘full-flat seats’. Ia mempunyai kapasiti yang memuatkan sehingga 1,024 liter dengan tempat duduk ‘dibaringkan’ sepenuhnya.

MPV 10-tempat duduk ini dilengkapi enjin 2.2 CRDi berkuasa diesel yang dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Ia memberikan anggaran output kuasa 177PS dan 431Nm tork. Pengecas turbo penyejuk udara yang berkecekapan tinggi mempunyai prestasi pemampat dan roda turbin yang lebih baik untuk prestasi tork berkelajuan rendah yang lebih baik.

Enjin Hyundai Staria 10-Seater

Daripada segi ciri keselamatan pula, semua tempat duduk dilengkapi dengan tali pinggang keledar three-point dan headrest serta ISOFIX pada tempat duduk di baris kedua. Ia turut dilengkapi dengan Hyundai Smartsense, keselamatan aktif dan teknologi bantuan pemanduan.

Antara ciri-ciri lain yang turut disertakan dalam suite Hyundai Smartsense (bagi varian terpilih) ialah Forward Collision Avoidance Assist (FCA), Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA), Lane Keeping Assist (LKA) dan Smart Cruise Control (SCC) dengan fungsi Stop and Go yang memastikan SCC berfungsi walaupun kenderaan berhenti sepenuhnya.

Pada masa sama pelanggan turut ditawarkan dengan pakej naik taraf pilihan tersedia seperti pemasangan tangga sisi (standard atau elektronik), infotainmen bumbung belakang dan kemasan dalaman diperbuat daripada Alcantara.

EnjinHarga rasmi Hyundai Staria 10-Seater

Harga rasmi bagi pasaran Malaysia bagi Staria Lite ialah RM 179,888.00, bagi Staria Plus pula RM 196,888.00 dan varian tertinggi Staria Max bernilai RM209,888.00 sahaja.

Kesemua harga tersebut untuk semenanjung Malaysia dan tidak termasuk insurans. Setiap pembelian Hyundai Staria hadir dengan waranti standard 2 tahun atau 50,000km (mana-mana dahulu).

Pelanggan juga diberikan ‘optional upgrade‘ bernilai RM10,000 menjadikan waranti tersebut 5 tahun atau 300,000km (mana-mana dahulu), serta servis percuma untuk 3 tahun atau 50,000km (mana-mana dahulu).

Tempahan sudah dibuka bermula hari ini, anda boleh lawati mana-mana pusat pameran dan jualan untuk mendapatkan MPV berbentuk futuristik ini. Atau anda boleh layari laman web di sini untuk menempah secara dalam talian sahaja.