Sejak mula MR D.I.Y melebarkan sayap dalam negara, jenama ini nampaknya seolah tidak lagi berpatah balik serta terus menjadi pilihan orang ramai di Malaysia menerusi penawaran barangan yang pelbagai pelbagai dengan harga mampu milik.

Berjaya menarik perhatian ramai menerusi pengumuman bulan lalu untuk mengambil sekitar 1,000 pekerja seluruh Malaysia, MR D.I.Y pada minggu ini mengumumkan syarikat mereka bersedia untuk mebukan 100 cawangan lagi pada tahun ini.

Di sebalik pandemik COVID-19 yang melanda, siapa sangka jenama ini sudah berjaya membuka 45 cawangan  pada tahun ini dimana kini MR D.I.Y sudah mempunyai 638 cawangan semuanya.

745734
CEO MR D.I.Y, Adrian Ong. Sumber: the star

Mengulas mengenai pengambilan 1,000 pekerja, CEO MR D.I.Y, Adrian Ong mengatakan setiap cawangan bakal disertakan dengan 15 pekerja dimana pekerja baharu ini bakal ditempatkan di cawangan MR D.I.Y yang baharu.

Menariknya mengenai MR D.I.Y pihak mereka turut mengutamakan golongan kurang upaya untuk dalam usaha untuk membantu golongan ini mendapatkan pekerjaan.

Setakat ini MR D.I.Y dilaporkan mempunyai sekitar 10,000 pekerja dimana 84% daripadanya adalah warga tempatan. Sebuah angka dengan jumlah cawangan yang besar buat jenama ini. Semoga jenama ini terus konsisten dalam menawarkan barangan mampu milik buat orang ramai.

Kami kongsikan juga laporan MR. D.I.Y pada bulan lalu yang menawarkan 1,000 kerja kosong dengan gaji RM1,200 sebulan.

Mr. DIY Tawar 1,000 Kerja Kosong Dengan Gaji RM1,200 Sebulan

Pasar PJ Old Town Tawar 1,000 Kerja Kosong Untuk Warga Tempatan Dengan Gaji RM2,000 Sebulan

Sumber