Walaupun keadaan ekonomi negara tidak menentu, kita masih boleh melihat peningkatan nilai kekayaan 50 hartawan di Malaysia yang mencecah $81.6 bilion (~RM376 bilion).

Lebih menarik pada senarai tersebut, Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei iaitu adik-beradik peneraju MR.DIY dilihat kekal tersenarai selaku 10 hartawan terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan bersih mencapai RM8.76 bilion (~$1.9 bilion).

Baca Juga:

Sumber Gambar: Remaja

Bagaimanapun nilai kekayaan tersebut diperhatikan jatuh lebih 20% dengan tangga kedudukan jatuh ke-9 berbanding tahun lalu tangga ke-8. Ini didorong hasil jualan perniagaan yang meningkat sederhana 18% bagi 2022 berbanding 32% pada 2021.

Ini didorong hasil jualan perniagaan yang meningkat sederhana 18% bagi 2022 berbanding 32% pada 2021. Namun mengikut laporan Forbes, peneraju MR.DIY ini kekal optimis akan peningkatan prestasi operasi mereka pada tahun ini, 2023.

Selain kedua-dua individu berkenaan, ini senarai penuh 10 hartawan terkaya di Malaysia pada kali ini.

1. Robert Kuok – RM54 bilion

2. Quek Leng Chan – RM47 bilion

3. Koon Poh Keong dan adik beradik- RM26.7 bilion

4. Ananda Krishnan – RM24.9 bilion

5. Adik beradik Teh – RM23 bilion

6. Lee Yeow Chor & Yeow Sang – RM21 Bilion

7. Chen Lip Keong – RM11 bilion

8. Lim Khok Thay – RM10 bilion

9. Keluarga Tan Yu Yeh & Yu Wei – RM8.76 bilion

10. Chia Song Kun & keluarga – RM8.3 bilion

Dengan tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi, rangkaian MR.DIY menjadi pilihan rakyat marhaen untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga yang rendah. Hal ini sekaligus akan menyumbang kepada pertumbuhan dan juga pendapatan syarikat dalam jangka masa panjang.

Sumber