Disaat rangkaian kedai lain gulung tikar berikutan kuasa pembeli serta faktor ekonomi, Mr DIY terus positif dan berjaya menambat hati pengguna dengan melebarkan rangkaian kedai mereka.

Terbaru, Mr DIY dalam usaha untuk menambah sebanyak 135 cawangan lagi menjelang akhir tahun ini sekitar Malaysia menjadikan jumlah rangkaian kepada 500 cawangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

IMG_2216

Pembukaan cawangan yang pesat ini merupakan sebuah perkara yang membanggakan buat Mr DIY memandangkan rangkaian kedai ini mula membuka cawangan pertama mereka seawal Julai 2005 di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Selain itu, Mr DIY turut memperkenalkan platform e-dagang iaitu MrDIY.com.my khusus buat orang ramai mendapatkan barangan yang tersedia dengan mudah.

Desktop-230Jan2018115639

DSC_0602

Difahamkan Mr DIY telah berjaya mengutip jumlah jualan melebihi RM1 bilion pada tahun lalu dan berdasarkan laporan, Mr DIY mensasarkan peningkatan jualan sebanyak 40% berbanding tahun 2017.

Pada pendapat anda, apakah yang membuatkan Mr DIY sering menjadi gedung pilihan pengguna sehingga berjaya berkembang dengan pesat. Kongsikan pendapat anda bersama kami di ruangan komen.

Sumber