COVID-19 telah memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Ada syarikat yang gulung tikar dan ada juga orang yang dibuang kerja. Maka, beruntunglah orang-orang yang tidak malu untuk menukar cara hidup mereka demi untuk terus hidup.

Terbaharu, Mr DIY kini menawarkan lebih dari 1,000 kerja kosong dengan gaji pokok bermula dari RM1,200 untuk 600 cawangan di seluruh negara. Tawaran ini akan dibuka selama tiga bulan dan untuk semua peringkat – dari jawatan pelatih hingga eksekutif.

Menurut Malay Mail, Pengarah Urusan Mr. DIY, Adrian Ong mengatakan bahawa mereka mengalu-alukan individu yang cerdas, bersemangat dan rajin untuk menyertai rangkaian syarikat Mr. DIY di seluruh negara.

Bagi golongan umur 18 tahun ke atas atau jika anda adalah OKU, dialu-alukan untuk memohon. Bagi jawatan juruwang atau promoter, syarat minimum adalah mempunyai sijil SPM. Untuk jawatan penyelia pula, mestilah memiliki diploma atau ijazah dalam bidang apa pun. Bagi jawatan lain seperti pelatih pengurusan, latihan industri atau jawatan eksekutif, klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Untuk menghargai kerja keras pekerja mereka, Mr. DIY juga memberikan beberapa faedah menarik seperti elaun perubatan, bonus, kenaikan gaji, diskaun kakitangan dan wang perjalanan syarikat.

Terdahulu, pasar PJ Old Town menawarkan 1,000 kerja kosong untuk warga tempatan dengan gaji RM2,000 sebulan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pasar PJ Old Town Tawar 1,000 Kerja Kosong Untuk Warga Tempatan Dengan Gaji RM2,000 Sebulan

Sumber