Semua pasti tahu ketahanan dan kehebatan jam jenama G-SHOCK ini. Ianya mampu bertahan dalam apa jua keadaaan dan menjadi pilihan ramai termasuk askar, juruterbang dan engineer. Tahun ini, G-SHOCK memperkenalkan rekaan baru untuk siri mewah mereka, siri MR-G. MR-G ‘Hammer Tone’ bakal dipasarkan pada harga USD6200 (lebih kurang RM24 ribu).

Sebagai menyambut ulang tahun ke-20 siri Mr.G ini, ‘Hammer Tone’ diperbuat daripada besi titanium, mempunyai keupayaan kalis air sehingga 200m, hidup dengan tenaga solar, shock-resistant dan dilengkapi dengan sistem GPS untuk waktu yang lebih tepat. Yang membuatkan ianya lebih berbaloi, kemasan logam pada muka jam ini nanti akan dihiasi dengan corak ‘tsuiki’, teknik ketukan traditional Jepun yang dahulunya dibuat pada hulu pedang dan armor pahlawan Jepun.

Sambung Belajar
HYPE
Kisah 5 Pelajar Berazam Ubah Nasib Keluarga Walaupun Berdepan Masalah Kewangan
Baca lagi →

Kemasan bahagian bezel logam jam ini nanti akan dibuat oleh master Bihou Asano, antara tukang besi terkenal di Jepun. Jam ini hanya akan dihasilkan sebanyak 300 unit dan anda boleh dapatkannya di laman Tourneau bermula July depan. Seksi dan handsome betul jam tangan ini.

casio-g-shock-mr-g-limited-edition-hammer-tone-2

casio-g-shock-mr-g-limited-edition-hammer-tone-3

casio-g-shock-mr-g-limited-edition-hammer-tone-4

casio-g-shock-mr-g-limited-edition-hammer-tone-5

P/S : Jam G-SHOCK paling rare buat masa ini adalah G-SHOCK Frogman X Takashi Murakami yang dikeluarkan pada tahun 2010, juga dikeluarkan sebanyak 300 unit. Harganya USD4000(sekitar RM15 ribu) tetapi disebabkan ianya menjadi rebutan collector G-SHOCK, harga jam itu di pasaran sekarang boleh mencecah RM70 ribu. Pergh.

Anda Mungkin Suka