Mr-G adalah siri paling mewah bagi jenama G-Shock. Sebelum ini Mr.G hadir dengan warna Akazonae (edisi warna merah diinspirasikan daripada zirah perisai traditional askar Jepun), kali ini edisi all black model MRG-G2000CB mengambil pula inspirasi dari Kuro-Zonae.

Kuro-Zonae bermaksud ‘Black Guard’ di mana model ini turut mengambil inspirasi daripada samurai Jepun yang memakai baju zirah perisai all black. Mr.G edisi Kuro-Zonae ini lebih hebat kerana menggunakan bezel dipebuat daripada Cobarion, material cobalt chrome alloy yang dua dan tiga kali ganda lebih kuat berbanding stainless steel. Betul-betul padu jam Mr.G ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

G-Shock-MRG-G2000CB

MRG-G2000 ini akan hadir dengan teknologi GPS, Multi-Band 6, shock-resistant, water resistant, waktu dunia untuk 39 bandar, LED light dan sistem Bluetooth untuk sambung ke telefon pintar anda. Melalui sambungan ke telefon pintar, jam ini akan mengubah sendiri masa mengikut lokasi anda berada. Bukan sahaja tahan lasak, tetapi canggih model Mr.G ini.

Tiada harga rasmi untuk model ini buat masa ini tetapi dijangka akan dijual pada harga yang sama seperti Mr.G Akazonae iaitu USD3,000 (lebih kurang RM12,800). Kalau sudah minat, harga bukan penghalang bukan?