Bagi para shopaholic, aplikasi Shopee dan Lazada pastinya merupakan platform yang sering dikunjungi. Lagi-lagi bila virus COVID-19 melanda, hampir semua benda nak dibeli atas talian.

Tambahan pula apabila ada tarikh-tarikh istimewa seperti 11.11 yang lepas di mana barangan yang sudah sedia ada murah, makin menjadi-jadi murahnya. Kedua-dua aplikasi tersebut juga mempunyai variasi barangan daripada bermacam negara seperti Korea Selatan dan China.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Bercakap tentang China, pastinya para shopaholic tegar kenal akan nama ini. Terbaharu, nama Mr. Hu ini telah tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter ini mempopularkan namanya.

Tweet @ellezamazuri lewat akaun Twitter beliau telah meraih sebanyak 13.1K retweet dan 19.3K likes sejak is dimuat naik pada 19 November 2020 yang lalu.

Nama pengirim untuk aplikasi Shopee ini kemudiannya menjadi topik perbincangan para netizen. Ramai juga yang turut memberikan komen dan bertanya tentang siapakah gerangan Mr. Hu ini dan mengapakah hanya dia sahaja yang menghantar barangan dari China.

Oleh kerana ramai yang tertanya-tanya tentang siapakah gerangan Mr. Hu ini, ada beberapa individu yang tampil memberikan penjelasan. Khabarnya, setiap barang yang dibeli melalui aplikasi Shopee di China akan dihantar ke gudang sebelum barang tersebut dipos dan Mr. Hu merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mengirimnya.

Berikut pula adalah perkongsian dari warga net tentang barangan yang dikirim oleh Mr. Hu. Kepada para shopaholic tegar yang sedang membaca, cuba tengok kembali parcel anda yang dari China, adakah Mr. Hu pengirimnya?

Kalau nak baca cerita-cerita yang tular di media sosial lagi, klik sahaja pautan di bawah!

Rambut Persis ‘Sakinah’, Penampilan Stacy Di Pentas SFMM35 Buat Netizen Terhibur

Lebih 10 Tahun Menyepi, ‘Comeback’ Azwan Ali Dengan Imej Serba Baru Terima Pujian Netizen

Dilabel Bawa Budaya Buruk, Shaheizy Sam Dikecam Netizen Gantung Vape Dileher Ketika ‘Live’ ABPBH

Anda Mungkin Suka