Korang tahu tak berapa purata jumlah kenderaan yang keluar masuk ibu kota setiap hari? 3 JUTA BUAH.

Korang tahu tak berapa ramai anggota trafik diperlukan untuk mengawal lalulintas di KL pada waktu puncak? – 300 ORANG.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Korang tahu tak berapa jumlah sebenar kenderaan yang boleh ditampung di setiap lorong laluan utama di sekitar ibu kota pada setiap jam?

HANYA 800 SEHINGGA 1,200 BUAH KENDERAAN SAHAJA (bandingkan dengan jumlah sebenar yang keluar masuk).

Korang tahu tak berapa banyak masa yang dihabiskan pengguna jalan raya dalam kawasan bandaraya Kuala Lumpur pada 2014? Dianggarkan sekitar 270 hingga 500 juta jam.

Korang tahu tak jumlah masa dan minyak yang terbuang bagi setiap orang dalam bandaraya Kuala Lumpur? Kajian menunjukkan dianggarkan sekurang-kurangnya RM3,100 setiap tahun – lebih tinggi daripada purata pendapatan bulanan iaitu RM2,795!

Dan, korang tahun tak berapa jumlah kemalangan dicatatkan di ibu negara dua tahun lepas? – 63,000 KES!

Aku tak dapat bayangkan apa akan jadi dengan Lembah Kelang kalau Dr. Mahathir tak buat LRT dan Najib tak meneruskannya dengan MRT.

Pasti beberapa tahun akan datang Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya akan menjadi TIN SARDIN dan aku tidak terkejut kalau naik basikal pun ‘tak lepas’ jika kedua-dua pemimpin itu mengambil enteng dengan masalah kesesakan jalan raya di Lembah Kelang ini.

Sebab itu waima apa pandangan terhadap Dr. Mahathir dan Najib, aku secara peribadi SALUTE DAN ANGKAT TOPI pada mereka berdua khususnya bila bercakap bab mengenai pengangkutan awam ini.

Semoga Allah membalas jasa kedua-dua mereka yang telah meringankan ‘beban dan azab’ yang terpaksa ditempuh warga kota setiap kali pergi dan pulang dari bekerja.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat.”

SAK: Belajar kenang budi.