Projek Transit Aliran Massa atau Mass Rapid Transit (MRT) memerlukan sekurang-kurangnya 110,000 penumpang lagi sehari untuk mendapat pulangan modal.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz setakat ini seramai 130,000 hingga 140,000 penumpang telah dicatatkan dalam sehari. Bilangan ini dijangka akan bertambah apabila keseluruhan projek MRT, projek perumahan dan komersil siap sepenuhnya. Namun tambah beliau, projek MRT ini merupakan projek jangka panjang yang memerlukan jangka masa panjang untuk memperoleh keuntungan.

Jadi MRT perlu mencapai target 250,000 penumpang sehari untuk syarikat berkenaan kembali mendapat pulangan modal. Setakat ini terdapat 6 stesen yang belum sepenuhnya diguna pakai iaitu Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kampung Selamat, Sungai Buloh, Tun Razak Exchange (TRX) dan Merdeka 118 oleh kerana projek tersebut belum siap sepenuhnya.

MRT mula beroperasi pada Disember tahun lalu menelan belanja hampir RM100 billion merangkumi laluan 1,2 dan 3. Adakah anda salah seorang pengguna MRT ketika ini?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group