Kejadian berlaku pada semalam 25 Oktober 2016.

Dalam keadaan hujan lebat semalam, kereta aku rosak dalam perjalanan balik rumah. Boleh pulak dia rosak atas jalan yang sunyi (kalau malam lagi sunyi dan gelap jalan tu).

Dalam keadaan hujan lebat, aku ambil keputusan untuk tinggalkan kereta di situ dengan harapan pada hari esok datang dan tow it to workshop (dalam hati doa, harap-harap sesiapa yang lalu jalan ni janganlah terlanggar kereta aku. Bukan sebab aku sayang kereta aku, aku kesian kat mangsa).

Yelah memandangkan hujan lebat, siapa yang nak tengokkan enjin atau tolong towing masa tu. Lagipun dah nak Maghrib, jadi, aku telefon isteri aku untuk ambil aku.

Dekat 1 jam juga tunggu isteri, sebab kawasan rumah pun memang jammed giler. Semalam korang taulah Johor boleh katakan semua hujan lebat giler.

Tiba-tiba, ada yang hon pada aku, aku buka tingkap tengok seorang lelaki naik Hilux tanya pada aku, ”Kereta ada problem sudah telefon towing kah?” Aku jawab tak adalah boss, sudah telefon isteri ambil saya balik.

Tengok-tengok dia patah balik dan berhenti belakang kereta aku.

Aku perhatikan saja dari side mirror aku. Dia keluar dengan tak berpayung. Hujan masih turun. Apa lagi, aku dengan berani pun keluar dari kereta berpayung (takut demam). Ada juga aku fikir negatif di situ, tapi aku positifkan fikir yang dia nak tolong aku.

Mr Wei

Mr Wei

Betul, beliau memang nak tolong aku. Berseorangan bantu aku dalam keadaan tempat yang sunyi, gelap akibat hujan lebat, berpakaian kemas tak hirau hujan tak berpayung, dalam perjalanan menguruskan bisnes (bantu orang lagi penting kot bagi beliau).

Beliau towinglah kereta aku ke bengkel terdekat.

Ajak beliau singgah kedai minum, beliau menolak tanda ikhlas membantu, ingat lagi ayat beliau balas sambil senyum puas.

mrwei-3

“Saya puas, saya sudah bantu awak.”

MasyaAllah, niat membantu memberi NIKMAT yang amat besar bagi beliau.

Wei, orang Cina ni memang betul-betul baiklah.

Thanks Mr Wei (Beh Huck Wei).

Artikel di atas disumbangkan oleh Faizul Dahlan. Boleh ikuti beliau di sini.
0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤