Pernahkah anda mengalami dilema semasa memilih laptop dimana anda mahukan laptop berkuasa tinggi serta sesuai untuk gaming namun dalam masa yang sama masih mementingkan rekabentuk yang slim dan ringan?

Jika dulu menyelesaikan kedua-dua keinginan ini di dalam sebuah laptop mungkin agak sukar kini tidak lagi dengan model terbaru daripada MSI iaitu PS42. Menawarkan rekabentuk yang slim dengan berat 1.19kg MSI berjaya menawarkan spesifikasi yang pada kami boleh tahan menarik.

Model ini dikuasakan dengan processor Intel® Core™ i5 beserta RAM 8 GB. Ruang storan model ini turut disertakan dengan SSD 256 GB. Khas buat mereka yang gemar untuk bermain game, model ini turut disertakan dengan NVIDIA Geforce MX150 2GB GDDR5.

MSI_NB_PS42_photo22

MSI_NB_PS42_photo21

MSI_NB_PS42_photo20

MSI PS42

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan MSI PS42 model ini kini ditawarkan dengan harga RM3,949. Jika anda kerap travel dan mahukan spesifikasi yang tinggi pada laptop ini, mungkin ini antara pilihan yang baik untuk anda dapatkan.