Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah mengumumkan bahawa Majlis Sukan Negara (MSN) akan menyiasat pemain hoki Hanis Onn yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman di media sosial, lapor WeirdKaya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media hari ini, beliau berkata telah mengarahkan MSN untuk melancarkan siasatan berhubung perkara itu.

Saya telah mengarahkan MSN untuk meneliti perkara tersebut dan mendapatkan maklumat terkini daripada Konfederasi Hoki Malaysia.

“Apabila saya menerima maklum balas dan pendapat daripada MSN, kami akan membuat keputusan rasmi. Justeru, MSN dan Konfederasi Hoki Malaysia akan berbincang (mengenai tindakan) hari ini,” katanya.

Yeoh menambah bahawa dia memandang serius perkara itu dan berkata bahawa sikap perkauman tidak sepatutnya bertapak dalam kancah sukan.

“Sukan adalah alat penyatuan. Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Perkauman tidak boleh diberi ruang untuk berkembang terutamanya dalam sukan kita,” katanya.

Ketika ditanya apakah tindakan yang mungkin akan diambil terhadap pemain hoki itu, Yeoh berkata beliau akan menunggu perkembangan terkini daripada MSN dan Konfederasi Hoki Malaysia.

Hanis yang berusia 26 tahun ialah pemain hoki negara yang mempunyai potensi luar biasa dan beliau juga merupakan antara personaliti muda yang paling berpengaruh di media sosial.

Anak kelahiran Johor itu telah membuat menulis komen berbaur perkauman apabila memberitahu bahawa stadium akan ‘berbau busuk’ disebabkan oleh begitu ramai kaum India Malaysia yang berkumpul di sana.

Menurut tangkap layar yang kini tular di media sosial, Hanis mengulas di bawah siaran Kosmo, berkata, “Bau best lah kat dalam tuh (menggunakan emoji muka dengan air mata kegembiraan)”.

Ciapan itu tidak berakhir dengan baik dan beliau dikecam di pelbagai sosial media seperti Twitter, Reddit dan juga Facebook.

Dalam kenyataan maaf, Hanis menyatakan bahawa dia sedar komennya sebelum ini telah menjejaskan ramai orang dan dia telah mengambil langkah untuk memadam komen yang menyinggung perasaan kaum India tersebut.

Menurut Hanis, dalam 10 tahun pengalamannya dalam dunia hoki, dia telah bermain untuk Malaysia dengan satu pasukan yang diwakili pelbagai jenis kaum dan dia kesal dengan kecuaiannya terhadap komen negatif tersebut.