Membawa diri buat seketika selepas pergaduhan dengan pasangan atau orang rumah bukanlah sesuatu yang baru.

Ada ketikanya ia dilakukan untuk meredakan ketegangan yang timbul dan mengambil masa bersendirian bagi menghilangkan perasan marah yang dialami buat sementara waktu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi berbeza pula dengan seorang lelaki dari India ini, Tejpal Singh yang bertindak membawa diri dengan memanjat menara telekomunikasi selepas perselisihan faham dengan isterinya.

Kejadian itu baru-baru ini tular di Twitter apabila portal berita @ANINewsUP berkongsikan gambar dan kisah dan gambar lelaki tersebut dalam ciapan mereka.

Apa yang berlaku

Menurut laporan, Singh ketika kejadian bergaduh dengan orang rumahnya selepas isteri beliau dikatakan cuba memerangkap beliau kepada pihak polis dengan dakwaan palsu.

Tambah memeritkan, pihak polis juga menurutnya tidak mendengar cerita di sebelah pihaknya sekaligus membuatkan dia mengambil keputusan untuk memanjat menara telekomunikasi itu.

“Saya sudah muak dengan isteri saya, dia cuba memerangkap saya dalam kes palsu dan polis tidak mendengar luahan saya.

“Saya mahu keluar dari hubungan ini,” jelas Singh.

Menurut pihak polis yang tiba di lokasi kejadian tidak lama selepas dia memanjat menara itu, Singh sebelum ini bergaduh dengan isteri daripada perkahwinan keduanya itu mengenai beberapa perkara.

Walaupun telah memanjat menara telekomunikasi itu untuk membawa diri, Singh bagaimanapun berjaya dipujuk oleh pihak berkuasa untuk turun ke bawah.

Kejadian tersebut yang berlaku di Uttar Pradesh sebelum ini telah tular dan dengan rata-rata netizen berpendapat perkara itu sebagai jenaka rumah tangga.

Baca juga kisah lelaki ini yang membelikan tanah di bulan buat isterinya demi membuktikan cinta di pautan di bawah.

Demi Buktikan Cinta Kepada Isteri, Lelaki Ini Beli Sebidang Tanah Di Bulan

Kahwin Di Setiap Tempat Yang Dilewati, Ahli Politik Thailand Catat Rekod Miliki 120 Isteri

Sumber