Naib juara Toyota Thai League 1, Muangthong United, telah berjaya mara sehingga ke peringkat pusingan 16 terbaik dalam saingan AFC Champions League 2017.

Menurut sebuah laman sosial Facebook dari Thailand, pasukan itu telah berjaya mengutip hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD384,000 (RM1.56 juta), sepanjang aksi dalam AFC Champions League 2017.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pecahan Hadiah yang Diraih Muangthong United

Seperti yang telah ditetapkan oleh pihak AFC dalam manual pertandingan AFC Champions League, pasukan-pasukan yang layak berpeluang untuk menerima beberapa subsidi atau bonus jika berjaya lolos ke peringkat yang lebih jauh.

23736293_1753230074701763_2587871304836836086_o

Bonus Penyertaan 

  1. Layak ke peringkat kumpulan: USD30,000
  2. Layak ke pusingan 16 terbaik: USD80,000

Bonus Prestasi Peringkat Kumpulan

  1. 3 kali menang: 3 x USD50,000 = USD150,000
  2. 2 kali seri: 2 x USD10,000 = USD20,000

Subsidi Perjalanan

3 kali beraksi ditempat lawan, AFC akan memberikan subsidi perjalanan sebanyak USD30,000 untuk setiap aksi ‘away game’ Jumlah subsidi untuk 3 kali perlawanan ‘away’ adalah USD90,000.

Hak Penyiaran Perlawanan AFC Champions League

Menurut laman sosial media Thailand, Muangthong United menerima sekitar USD14,000 untuk perlawanan sepanjang kempen AFC Champions League 2017

Secara keseluruhannya, Muangthong United telah menerima sejumlah USD384,000 (RM1.56 juta) dari subsidi dan bonus yang ditawarkan kepada pasukan bertanding dalam kejohanan AFC Champions League 2017.

Atasi Buriram United, Juara Toyota Thai League 1 2017

23467148_1480324898754114_3387233726094572903_o

Juara baru Toyota Thai League 1, Buriram United, dilaporkan telah menerima THB10 juta (RM1.25 juta) sahaja berbanding THB12.5 (RM1.56 juta) juta yang diterima oleh Muangthong United dalam AFC Champions League 2017.

Ini jelas menunjukkan bahawa setiap pasukan yang beraksi cemerlang dalam kejohanan kelab peringkat benua ini bakal menerima habuan yang besar seperti yang dijanjikan oleh AFC.

Selain dari faktor kewangan, prestij dan kualiti kejohanan yang menampilkan pasukan-pasukan terkuat Asia, seterusnya memberikan lebih peluang kepada pemain-pemain terdedah dengan tahap permainan yang lebih tinggi.

Terdapat juga kemungkinan yang lebih besar pemain-pemain akan dihubungi oleh ejen-ejen untuk pasaran liga yang lebih lumayan!

Nota: Bagi kejohanan AFC Cup, tiada bonus prestasi peringkat kumpulan diberikan.