Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seperti yang sudah ditetapkan oleh AFC, pusingan kelayakan dan play-off AFC Champions League akan diadakan pada 16 Januari 2018 (kelayakan 1 ), 23 Januari 2018 (kelayakan 2) dan play-off pada 30 Januari 2018.

Pasukan yang berada dikedudukan lebih tinggi dalam AFC MA Ranking akan beraksi digelanggang sendiri sebagai tuan rumah.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Perlawanan Kelayakan AFC Champions League 2018 Asia Timur

Dalam peringkat kelayakan 1 ini, 4 pasukan akan bertarung untuk merebut tempat ke peringkat kelayakan 2. 4 pasukan itu adalah Bali United (Indonesia), Tampines Rovers (Singapura), Shan United (Myanmar) dan Juara Liga PFL (Filipina).

Menanti pada peringkat kelayakan 2 adalah Johor Darul Ta’zim (Malaysia), Quang Nam (Vietnam), Eastern (Hong Kong), Muangthong United (Thailand), Chiangrai United (Thailand) dan Brisbane Roar (Australia).

suwon-samsung-bluewings_kor_squad_ACL_LS

Manakala pada peringkat play-off pula, 4 gergasi bola sepak Asia bersedia menerima tentangan dari pasukan yang berjaya lolos kelayakan 2. 4 pasukan tersebut adalah Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan), Shanghai SIPG (China), Tianjin Quanjian (China) dan pasukan tempat 3/4 J1 League.

Muangthong United Menanti Johor Darul Ta’zim

02-SCG-Maung-Thong-United

Berdasarkan kedudukan AFC MA ranking yang digunapakai untuk slot AFC Champions League 2017 dan 2018, wakil dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim akan sekali lagi bertandang ke SCG Stadium untuk bertemu dengan naib juara Thai Premier League 2017, Muangthong United pada 23 Januari 2018.

Berikut adalah jadual pusingan kelayakan AFC Champions League 2018.

Kelayakan 1 – 16 Januari 2018:

  1. Bali United vs Tampines Rovers
  2. Shan United vs Juara PFL 2017

Kelayakan 2 – 23 Januari 2018:

  1. Eastern vs Quang Nam
  2. Muangthong United vs Johor Darul Ta’zim
  3. Chiangrai United vs Bali United/Tampines Rovers
  4. Brisbane Roar vs Shan United/Juara PFL 2017

Play-Off – 30 Januari 2018:

  1. Suwon Samsung Bluewings vs Eastern/Quang Nam
  2. J1 League 4th vs Muangthong United/Johor Darul Ta’zim
  3. Shanghai SIPG vs Chiangrai United/Bali United/Tampines Rovers
  4. Tianjin Quanjian vs Brisbane Roar/Shan United/Juara PFL 2017

Mana-mana pasukan yang berjaya menang dalam pusingan play-off, akan menyertai 12 pasukan lain yang sudah melayakkan diri ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2018, menjadikan 16 pasukan keseluruhan bertanding untuk Asia Timur.