Kejayaan demi kejayaan berjaya ditempa oleh Bandar Muar. Pada kali ini, Bandar Maharani ini telah dianugerahkan bandar tumpuan pelancong terbersih di Asia Tenggara oleh .

Kejayaan ini sekaligus bakal menjadi batu loncatan buat Bandar Muar dalam menerima lebih ramai pelancong untuk melihat kebersihan bandar ini serta menjadi bandar contoh kepada bandar-bandar yang lain.

muar-tg_emas-20170322-029

Menyoal dari segi tempat menarik, Muar berjaya menawarkan pengalaman yang unik buat para pelancong dimana para pelancong berpeluang beberapa bangunan ikonik yang dibina sejak zaman dahulu di sepanjang di Bandar Muar.

Bangunan berkonsepkan Bristish, Cina, Belanda, Melayu dan Peranakan antara yang bakal dikekalkan sekaligus menunjukkan perpaduan yang diterapkan Bandar ini sejak sekian lama.

Sumber: AyuDenira

Mee bandung Muar dan kopi Muar antara yang membuatkan orang ramai seringkali singgah di bandar ini untuk menjamah. Tidak dilupakan juga beberapa makanan lain seperti asam pedas dan otak-otak.

Bandar Muar terlebih dahulu telah diisytihar sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada tahun 2012. Pulau Pinang dan Putrajaya turut sama menerima anugerah ini. Semoga berita ini menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk lebih menjaga kebersihan bandar yang mereka diami. Apa pun, tahniah Majlis Perbandaran Muar atas anugerah ini!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤