Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah menerima anugerah Asean Clean Tourist City Standard Award 2017 atas kebersihan bandar yang menepati standard dan ciri-ciri bandar bersih yang ditetapkan ASEAN.

Anugerah ini diterima MPM di ASEAN Tourism Forum 2017 yang sedang berlangsung di Chiang Mai, Thailand. Bercakap kepada Astro Awani, Pegai Daerah Muar, On Jabbar berkata anugerah ini tidak berlaku sekelip mata dan semua pihak memainkan peranan.

Bandar Muar telah Mematuhi Kriteria-Kriteria Asas ASEAN Clean Tourist City Standard 2017 dan telah menerima Sijil Pematuhan tersebut hari ini. Moga kita sama-sama boleh menjaga kebersihan Bandar kita.

Posted by Majlis Perbandaran Muar on Friday, 26 January 2018

Menurut On Jabbar, masyarakat sendiri perlu memainkan peranan dalam menjaga kebersihan di samping pekerja pembersihan menjaga kebersihan secara konsisten. Beliau berharap, dengan anugerah ini penduduk Muar dapat terus menjaga kebersihan bandar ini.

Bandar Muar terlebih dahulu telah diisytihar sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada tahun 2012. Pulau Pinang dan Putrajaya turut sama menerima anugerah ini. Semoga berita ini menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk lebih menjaga kebersihan bandar yang mereka diami. Apa pun, tahniah MPM atas anugerah ini!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤