Baru-baru ini, nama Sharifah Sakinah menjadi bualan ramai apabila berkongsi tips penjagaan kulit ‘tanned skin’ dengan memuat naik gambarnya di laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsiannya, Sharifah Sakinah memperlihatkan dirinya seakan sedang berkemban untuk menunjukkan warna kulitnya yang coklat keperangan.

Baca Juga:

“Ramai tanya macam mana untuk jaga kulit selepas menjalani proses ‘tanning’. Berjemur di bawah pancaran matahari, minum air yang banyak dan suntik vitamin C.” kata Sharifah Sakinah.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakannya berkongsi gambar seperti itu yang dianggap salah.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang mengeluarkan komen lucah apabila melihat gambar terbabit dan mengatakan dia tidak mempunyai segan silu kerana berkongsi tubuhnya dalam keadaan berkemban.