Sejak semalam, jadi bualan netizen apabila isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea telah bertindak memadam gambar bersama suaminya itu di Instagram dan juga memuat naik gambar tidak memakai hijab.

Susulan itu, ada khabar angin mengatakan rumah tangga mereka sedang bergolak. Terbaharu, Anis telah memuat naik gambar di Instastory miliknya memaparkan gambar suaminya.

Baca Juga:

Perkongsian Anis tersebut menepis kesemua spekulasi yang tular dan menunjukkan rumah tangga mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sekadar makluman, Haqiem telah berkahwin dengan Anis pada 19 November 2021 dan majlis perkahwinan mereka pernah menjadi topik hangat apabila nilai keseluruhan kedua-dua mempelai dianggarkan mencecah angka lebih RM7 juta.