Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Umum mengetahui bahawa isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea memang bertudung tetapi penampilan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri semalam menjadi tanda tanya.

Artikel Berkaitan:

Menerusi Instastory dan perkongsiannya di Instagram miliknya, Anis berkongsi gambar dirinya hanya menggayakan selendang dan menampakkan rambutnya.

Hasil pemerhatian kami juga, gambarnya bertudung dan bersama Haqiem Rusli turut dipadam. Malah, ruangan komen juga telah ditutup.

Difahamkan, Anis dan Haqiem masih mengikuti satu sama lain di media sosial. Sekadar makluman, Haqiem telah berkahwin dengan Anis pada 19 November 2021.