Pihak PDRM telah menahan seorang lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Difahamkan lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang malam tadi, lapor Harian Metro.

Baca Juga:

Sementara itu, Ketua Polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses reman terhadap lelaki berkenaan.

Terdahulu, seorang lelaki telah yang menggunakan akaun Instagram untuk memuat naik kandungan berbaur ancaman bunuh itu bersama foto Baginda.

Screenshot kandungan itu turut tersebar di media sosial dan orang ramai menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan secepat mungkin.

Memetik kenyataan rasmi PDRM, pihaknya telah menerima laporan mengenai tindakan lelaki itu pada 21 November 2022, jam 10.52 malam. Pada keesokan harinya, 22 November 2022, jam 10.30 malam sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Selangor telah melancarkan satu serbuan ke rumah suspek.

Menerusi serbuan tersebut, pihak polis berjaya menangkap seorang lelaki berusia 35 tahun dan polis menerima perintah tahanan reman selama tiga hari mulai 23 November hingga 25 November terhadapa suspek daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.